PONTIAN: Datuk Seri Hasni Mohamad menganggap dirinya seperti dibuli apabila dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi UMNO Johor selepas melakukan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menang majoriti besar.
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Menurutnya, beliau hadir dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat tetapi tidak diberikan peluang untuk memberikan penjelasan atau mempertahankan diri.
"Saya ada juga mendengar desas-desus perkara itu sebelum MKT malam tadi tetapi saya tidak berada sepenuhnya dalam bilik mesyuarat yang sebenarnya telah pun membuat keputusan tersebut.
"Saya sedaya upaya memberikan yang terbaik sejak menjadi Pengerusi UMNO Johor sejak 2018 dan mengetuai PRN Johor pada tahun lalu dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan di Citra Sri Pinang, Benut di sini pada Sabtu.
MKT UMNO pada malam Jumaat menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggantikan Hasni sebagai Pengerusi UMNO Johor.
Mesyuarat MKT malam tadi juga mengambil tindakan memecat bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif.
Mengulas lanjut, Hasni berkata, sepatutnya dalam suasana yang mencabar bagi UMNO selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pelbagai pandangan perlu diambil kira untuk menguatkan parti.
Jelasnya, UMNO perlu meraikan perbezaan pandangan, sebaliknya apabila tokoh serta pemimpin UMNO digantung keahlian dan dipecat, beliau tidak nampak keputusan tersebut adalah usaha untuk menguatkan parti.
"Kita tahu ada sahaja yang mengatakan patah tumbuh hilang berganti tetapi UMNO tidak punya masa. Sepatutnya kekuatan yang kita ada diperkuatkan lagi. Pemimpin tidak lahir hari ini dan terus diterima masyarakat kerana ia perlu masa panjang.
"Jadi adakah UMNO ada masa yang panjang untuk berdepan cabaran yang ada bersaing dengan pengaruh parti lain dalam negara khususnya yang memperkatakan soal (perjuangan) agama, orang Melayu dan masa depan (mereka).
"Jadi bagi saya keputusan dibuat pucuk pimpinan lebih banyak ruginya kepada UMNO. Saya harap Hishammuddin, Noh Omar, Khairy Jamaluddin dan Shahril terus berkhidmat dalam kapasiti masing-masing. Saya yakin mereka tidak akan hilang menerusi platfrom lain," katanya.
Berkenaan pelantikan Mohamed Khaled, beliau tiada sebarang masalah untuk menyokong bekas Menteri Besar Johor tersebut terutama sekiranya keputusan itu dapat menguatkan lagi kedudukannya di peringkat UMNO pusat.
"Tetapi kalau kedudukan itu hanya semata-mata pendekatan untuk mempertahankan orang-orang tertentu, saya percaya beliau akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian," ujar beliau.
Ditanya sama ada akan ada mesyuarat UMNO Johor berkenaan keputusan itu, Hasni berkata, Mohamed Khaled akan memutuskannya dan menjangkakan ada satu pertemuan khas nanti.
"Jadi nanti kita boleh bincang hala tuju UMNO Johor. Kita tak nak kalah.
"Kita (BN) telah menang 40 kerusi (pada PRN Johor) dan 34 daripadanya adalah kerusi UMNO dan ini menjadi 'main concern' kita," katanya yang masih lagi merupakan ahli MKT UMNO. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023
Hasni beramah mesra dengan pengantin ketika menghadiri majlis perkahwinan di Citra Sri Pinang, Benut, Pontian pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
UMNO Johor percaya Zahid akan ambil tanggungjawab yang sewajarnya - Hasni
Hasni berkata, keyakinan pengundi kepada UMNO perlu segera dipulihkan agar parti itu kembali diyakini semua rakyat Malaysia.
Calon MB Johor: Hasni beri laluan kepada orang muda
Spekulasi mengenai calon Menteri Besar Johor yang baharu terus menjadi tanda tanya di sebalik kejayaan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Saya tidak akan lupa saya datang dari Benut," kata Hasni
"Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut," kata MB Datuk Hasni Mohamad sambil menegaskan bahawa pembangunan di Benut yang terletak di dalam daerah Pontian itu akan terus dekat dihatinya.
PRN Johor: Calon BN diumum selewat-lewatnya tiga hari sebelum 26 Feb - Hasni
Senarai penuh calon parti Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diumumkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.
PRN Johor: Hasni akan terus pimpin kerajaan negeri jika BN dapat mandat rakyat - Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Hasnimempunyai kaliber dan kewibawaan yang diperlukan untuk terus memimpin Johor.
PRN Johor: Hasni beri bayangan PRN, Suhaizan nafi terima surat pembubaran DUN
Suhaizan dipetik beberapa media sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang surat seperti yang didakwa portal tersebut.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sidang DUN Johor tangguh ke 22 Ogos
Persidangan Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ditangguhkan ke 22 Ogos depan untuk melakukan penilaian terhadap risiko penularan pandemik COVID-19.
Johor peruntuk RM40 juta beli vaksin COVID-19
Pembelian itu merupakan fokus pertama pemerkasaan pandemik negeri ini daripada sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.